Sempurnakan nazar, Datin Paduka Eina Azman tunai umrah

Dalam satu posting terbaharunya di Instagram,  pelakon Datin Paduka Eina Azman berkogsi dirinya kini berada di bumi Madinah mengerjakan umrah.

Difahamkan Eina Azman mengerjakan umrah kali kedua itu bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Herden untuk menyempurnakan nazar.

Kata pemilik nama lengkap Ainur Syakina Azman ini, ketika suaminya kesayangannya itu bertarug dengan jagkitan C0vid-19 sekitar Ogos tahun lalu, dia bernazar akan kembali ke Tanah Suci selepas Kaiser sembuh seperti biasa.

“Tahun lalu saya ada bernazar untuk suami selepas kena seragan C0vid-19.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Jadi saya akan menunaikan umrah bersama suami untuk kali kedua.

“Di sini kami ingin meminta maaf kalau kami ada buat silap dan s4lah.
“Doakan kami selamat pergi dan pulang. Insya-Allah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.


 Kunjungan ke tanah suci kali ini turut diiringi oleh ibunya, Amy Roshaida.
Terdahulu, pasangan itu dis4hkan positif C0vid-19 pada 31 Ogos tahun lalu yang juga hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Selain  Eina, 27, dan suami, dua pembantu rumah mereka turut positif, namun Kaiser berdepan imp4k agak teruk apabila berada pada tahap empat.


Walau bagaimanapun anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, bagaimanapun bebas daripada jagkitan.

Pasangan romantis ini mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga pada tahun 2019 yang lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na