Kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman sejak lebih setahun lalu terus kekal menjadi tanda tanya.
Sehingga kini, tiada petunjuk baharu berhubung kehilangan personaliti itu sejak November 2021 walaupun sudah tiga kali pasukan penyi.asat ke rumah dimiliki personaliti terbabit.
Malahan tinjauan yang dibuat di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini baru-baru ini, mendapati keadaan rumah terbabit kekal lengang dan sunyi selain mula dinaiki lalang.
Malah, pintu pagar juga ditutup rapat selain tiada sebarang kerja pengubahsuaian rumah dijalankan.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia melihat pasukan polis ke rumah terbabit pada Julai lalu.
“Selepas itu memang tiada sesiapa yang masuk, kadang-kadang hanya terlihat wartawan dan jurugambar sahaja.
“Pada asalnya pintu pagar rumah berkenaan tercabut namun sudah dipasang semula dan ditutup rapat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua P0lis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, meskipun tiada petunjuk baharu terhadap kehilangan wanita terbabit namun sia.satan masih diteruskan.
Menurutnya, k.es itu tidak pernah ditutup, malah ia dibuat secara menyeluruh mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Sias.atan terperinci dilakukan termasuk mendapatkan informasi atau perkembangan k3s daripada ahli keluarga dan individu yang mempunyai maklumat mengenainya.
“Namun sehingga kini, tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh mengenai keberadaan Zalina, malah kediaman berkenaan juga tidak menunjukkan ada pergerakan keluar dan masuk oleh sesiapa,” katanya ketika dihubungi.
Pada Julai lalu, berita kehilangan personaliti berkenaan dik0ngsikan Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi satu laporan.
Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.
Kali terakhir anak kepada bekas personaliti TV3 itu berhubung dengan ibunya adalah pada Julai tahun lalu.
Polis menerima lap0ran daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.
Zalina dilap0rkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.
Rakan baik Zalina, Datuk Ras Adiba Radzi, 54, berkata beliau percaya Zalina masih hidup dan akan terus menunggu kemunculannya semula.
Menurutnya, dia juga ada beberapa kali menghubungi pihak p0lis namun tiada perkembangan lanjut berhubung kehilangan rakannya.
Selain itu, katanya, dia dan rakan-rakannya turut menghantar mesej kepada Zalina menerusi media s0sial dengan harapan akan menerima balasan daripadanya.
“Daripada keluarga pula, saya tidak tahu apa sedang berlaku namun saya pasti mereka tidak putus asa untuk mencari di mana keberadaannya.
“Saya secara peribadi berasa Zal masih ada (hidup), namun tidak tahu dia di mana. Jadi, saya mohon sesiapa saja untuk bantu beritahu saya atau pihak p0lis sekiranya ada ternampak Zal. Kami risau dan merinduinya.
“Saya berdoa supaya Zal dapat kembali dalam keadaan sihat. Namun begitu sekiranya sebaliknya, saya pohon Allah permudahkan segala urusan untuk kami bertemu dengannya dalam apa jua keadaan dan situasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Kami akan terus menyokong Zal dalam apa jua keadaan. Saya berdoakan Zal membaca apa yang akan ditulis daripada berita ini. Saya doa akan ada orang beritahu kepadanya bahawa saya rindukannya.
“Malah, sewaktu bertemu rakan lain tempoh hari, memang kami ada berbincang mengenai Zal. Mereka memang banyak bertanya kerana saya sentiasa ada untuk mencari Zal. Semoga Tuhan membuka jalan untuk bertemu dengan sahabat saya,” katanya.
Sementara itu, Datuk Aznil Nawawi berkata, dia dan rakan lain merayu kepada Zalina atau sesiapa yang bersamanya untuk muncul.
“Baru-baru ini, saya ada berbincang dengan Datuk Ras Adiba, Haliza Hashim, Zakiah Anas dan Azura Karim. Tapi kami juga agak buntu.
“Dalam masa sama, kami juga sangat berhati-hati dalam usaha menjejak Zalina sebab takut mengganggu usaha pihak p0lis. Bukan apa, takut kesan dari rancangan kami memb4hayakan Zalina pula,” katanya.
Seorang lagi rakan Zalina yang juga bekas personaliti TV3, Zakiah Anas berkata, dia juga buntu berhubung keh1langan rakannya yang sehingga kini gagal dikesan.
“Setakat ini memang senyap sunyi. Tidak ada khabar berita langsung mengenai sahabat kami.
Saya dan rakan lain pun buntu. Tidak tahu nak buat apa lagi. Moga Zalina dalam jagaan Allah SWT,” katanya.
Sumber:Metr0