Menerusi satu perk0gsian di Instagram, pelakon dan pengacara Enot memaklumkan, dia bakal menjalani pembe.dahan tulang belakang akibat terjatuh dalam bilik air.
Enot berkata, tulang belakangnya berma.salah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibed4h, selain memohon sumbangan daripada rakan-rakan yang mengenali.
Lantaran itu , nama artis versatil, Didie Alias, disebut-sebut kerana seolah tidak mempedulikan sahabat baiknya itu sehingga Enot terpaksa meminta bantuan dari rakan-rakan artis lain.
Bagaimanapun,Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 50 mengatakan dia tidak pernah mengabaikan saha.batnya itu cuma mwng4kui mereka sudah lama tidak berhubung disebabkan pelakon itu tiba-tiba menjauhkan diri.
Ujar Didie lagi, disebabkan sudah beberapa bulan tidak bertanya khabar, dia tidak tahu keadaan terkini Enot yang dikatakan s4kit selepas terjatuh dalam bilik air.
“Kali terakhir kami berhubung sekitar Oktober lalu apabila dia beritahu tidak dapat sertai sebuah acara bersama saya di Kota Kinabalu, Sabah kerana tidak sih4t.
“Selepas itu, dia terus ‘hilang dari radar’. Saya pun tidak tahu yang dia sudah berpindah ke Melaka.
“Bukan hanya saya, kawan-kawan lain pun tidak tahu bila dia berpindah kerana ingatkan Enot masih menetap di Kuala Lumpur. Kebetulan, saya pula sedang sibuk dan baru pulang dari acara di Singapura,” katanya.
Didie berkata, dia mendapat tahu mengenai keadaan Enot yang berdepan masalah kesi.hatan daripada ibunya menerusi perkongsian di Faceb0ok.
“Bayangkan, saya dapat tahu dia s4kit daripada orang lain, bukan dari mulutnya sendiri. Enot kena beritahu kondisinya bagaimana.
“Saya tidak mahu orang ingat saya mengab4ikannya kerana ramai tahu kami bersahabat baik. Mereka akan tanya di mana Didie?
“Kenapa tidak buat sesuatu untuk bantu sahabat sendiri? Walhal orang tidak tahu dia yang jauhkan diri, orang tidak faham situasi sebenar,” katanya lagi.
Ditanya sama ada mereka mempunyai mas4lah, Didie berkata, sepanjang mengenali sahabatnya itu, sudah beberapa kali Enot berkelakuan seperti itu.
“Saya tidak tahu kenapa dia seperti menjauhkan diri. Tapi dia memang begitu, ada kala lama tidak berhubung dan menyepikan diri. Selepas itu, dia muncul semula.
“Saya pula memang sibuk kebelakangan ini dan tidak berkesempatan menghubungi dia. Tapi saya tahu, kalau orang tidak dapat cari dia, memang akan cari saya.
Mas4lahnya sekarang, saya sendiri tidak tahu dia tinggal di mana dan bagaimana keadaannya.
“Dia pun tidak beritahu atau k0ngsikan hal itu dengan saya, jadi saya memang tidak tahu. Saya juga tidak pasti sejauh mana dia dalam keadaan memerlukan,” katanya.