Perlawanan bola sepak temukan Anita Baharom, Engku Isyamuddin

Berkenalan sejak 2017, pelakon Anita Baharom, 39, menges4hkan bakal mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, selepas kem4tian suaminya pada Januari lalu.

Pelakon drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar itu berkata, dia dan Engku Isyamuddin kembali berhubung selepas habis tempoh edah pada Mei lalu.

Anita berkata, dia terbuka hati menerima lamaran duda lapan cahaya mata yang berusia antara 6 hingga 24 tahun itu kerana sikapnya yang penyabar dan tidak suka mendesak.

“Alhamdulillah, anak-anak merestui dan gembira dengan keputusan saya untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya, mereka juga memudahkan keputusan saya memilih bakal suami.

“Saya bersyukur bakal suami boleh menerima anak-anak dan menyayangi mereka seperti anak sendiri,” katanya lagi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan, dia mengenali Engku Isyamuddin sejak 2017 ketika mencari tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand sempena Sukan SEA 2017.

“Saya dan arwah suami, Mohd Ismadi Ismail bertemu dengan Engku Isyamuddin yang kebetulan mempunyai tiket lebih.

“Bagaimanapun, kami langsung tidak berhubung dan hanya kembali berhubung selepas tamat tempoh edah, Mei lalu,” katanya.

Anita berkata, bakal suaminya yang bekerja sendiri hidup menduda sejak hampir setahun lalu.

Anita dan Engku Isyamuddin akan diijabkabulkan di sebuah dewan di Subang Jaya pada 22 Disember, diikuti majlis resepsi pada keesokan hari bertemakan tradisional.

Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

 

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

 

 

 

Sumber: BH