Pots jom kahwin!

Tanpa sebarang desas desus, pelakon Rashidi Ishak kembali bergelar suami kepada pengarah terkenal, Wan Hasliza Wan Zainuddin selepas 4 tahun menduda.

Berkongsi berita gembira tersebut, bintang drama Kampung People itu berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga telah dilakukan sejak tiga bulan lalu.

“Pots (panggilan untuk Wan Hasliza) jom kahwin. Nak kahwin tak? Nak!!!

“Tiga bulan kemudian iaitu pada 2.2.2023. Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin,” tulis aktor itu dalam satu entri di laman Instagramnya.

Rashidi juga bersyukur penyatuan cintanya bersama Wan Hasliza yang juga pengarah dan penulis idea asal siri Kampung People direstui banyak pihak.

“Kami ingin berterima kasih kepada ayah dan ibu, adik beradik, seluruh keluarga dan rakan-rakan semua di atas doa dan restu penyatuan ini.

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir, kami amat menghargainya,” ujarnya.

Paling manis, Rashidi turut memuat naik sebuah foto berserta kapsyen yang menggelar Wan Hasliza dengan status Puan.

“Hai Puan Wan Hasliza (diikuti dengan emoji berbentuk hati merah),” ujarnya lagi.

Foto perkahwinan pasangan ini tular selepas seorang jurusolek dikenali Mas Hashim berkongsi momen bahagia tersebut dalam media s0sial.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan, semalam.

Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak, Mikhail Imran, 22, dan Maryam Rashika, 19.

Bagaimanapun, selepas 23 tahun berkahwin, Rashidi dan Vanidah memilih untuk membawa haluan masing-masing apabila bercerai pada 9 Ogos 2018.

 

 

 

Sumber:K! Online