Anak kedua Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Hang Tuah, 49, menyangkal dakwaan adiknya, Putera Hang Jebat, 36, berhubung tuntutan s4man yang dikatakan berunsur dend4m.
Memperincikan perkara itu, Hang Tuah berkata, tuntutan sam4n atas dakw4an memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak, tiga tahun lalu dibuat demi keadilan semua pihak.
“Saya dan abang sulung, Jefri Jins menuntut untuk mengembalikan tanah yang sudah dijual kepada estet arwah ayah. Ini juga untuk membahagikan harta mengikut kaedah faraid.
“Untuk bahagian faraid kena kumpulkan semua (harta) dahulu, sebelum dibahagikan. Sekarang, kami pula ditud.uh macam-macam, sedangkan kami nak bahagikan secara adil.
“Jika tidak dapat bahagian saya pun tidak mengapa. Cuma, saya kasihankan abang Jefri yang langsung tidak dapat apa-apa.
“Menang atau kalah, semua kuasa Tuhan. Kami juga tidak mahu mempertikaikan keputusan mahk4mah,” katanya pada sidang media di Bukit Jelutong, di sini, petang tadi.
Hang Tuah atau nama sebenarnya, Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin turut menyangkal dakw.aan Putera Hang Jebat tidak menziarahi arwah bapanya ketika masih hidup.
“Tidak benar tuduhan mend4kwa saya tidak menziarah arwah ayah. Ini kerana saya dan arwah ayah pasti berjumpa setiap kali saya balik kampung.
“Sejujurnya, hubungan saya dan Putera Hang Jebat tidak pernah bermas4lah pun sebelum ini. Dari kecil lagi, saya sudah kenal Putera Hang Jebat seperti adik dan abang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hang Tuah turut kes4l dituduh cuba membolot harta selepas kontr0versi tercetus.
“Mulanya Putera Hang Jebat mend4kwa saya berd.endam dengan tudvhan tak menziarah arwah ayah ketika masih hidup. Kini, muncul pula tuduhan nak bolot harta hingga saya dan keluarga dikec4m netizen.
Ujar Putera Hang Tuah lagi, dia terpanggil untuk menjawab segala tvduhan selepas keluarganya juga turut dikec4m.
“Selagi saya tidak menjelaskan situasi sebenar, sampai bila-bila nama saya dan keluarga akan terus tercemar,” ujar Hang Tuah yang juga seorang juruterbang.
Demi menuntut keadilan, Hang Tuah turut meluahkan hasrat mengemukakan r4yuan terhadap keputusan yang dibuat di M4hkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Januari lalu.
“Berdasarkan beberapa percanggahan maklumat, saya sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan berkaitan k3s ini,” katanya.
Terdahulu, Mahk4mah Tinggi Shah Alam memutuskan Surat Wakil Kuasa itu sah, seterusnya men0lak tuntutan dibuat oleh Jefri dan Hang Tuah.
Jefri adalah anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat. Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973.
Menerusi perkahwinan ketiga bersama Puan Sri Halijah Abdullah, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Seniman legenda itu meniggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati pada 1 Mac 2017 dipercayai akibat ses4k nafas selepas tercek1k kuih di kediamannya.
Sumber:BH