Ridzuan Hashim sudah tiada

Pelakon senior Ridzuan Hashim, 62, dis4hkan meniggal dunia di H0spital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL G4ngster itu disahkan bekas isteri beliau yang juga seorang pelakon, Didie Alias menerusi laman s0sial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.

“Saya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah.

“Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di HKL. Saya akan kemas kini maklumat di mana arwah akan dikebumikan.

 

“Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau,” katanya menerusi hantaran video berdurasi 49 saat.

Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, Ridzuan meniggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.

“Arwah meniggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.

“Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke h0spital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkvburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

 

 

Sumber:BH