Kantoi lelaki berpurdah duduk dalam surau perhati jemaah wanita tukar baju

Masyarakat semakin sakit. 

Baru-baru ini, aktiviti seorang lelaki yang mahu memuaskan nafsunya terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita di sebuah surau, Indonesia.

Menerusi perkongsian individu yang memuat naik rakaman tersebut di laman Tiktok, individu terbabit memakai sehelai jubah, malah siap berpurdah hitam yang kemudiannya duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.

Mengekorinya dari tandas hingga masuk ke surau

Menurut sumber, wanita itu menyatakan bahawa penyamar berkenaan dipercayai mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.

Selepas itu, wanita tersebut menukar bajunya di dalam surau, namun timbul perasaan tidak sedap hati apabila ‘wanita berpurdah’ itu seperti memerhatinya.

Curiga dengan kelakuan si penyamar,
dia kemudiannya segera keluar dari surau dan memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut untuk memeriksa ‘wanita’ terbabit.

Mereka kemudiannya bertanyakan beberapa soalan kepada suspek, namun dia tidak menjawab dan hanya menggunakan isyarat tangan.

Bahkan, mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, tetapi ‘wanita’ terbabit enggan menurutinya.

Susulan itu, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah itu adalah seorang lelaki.

Sejurus pendedahan itu, wanita tersebut menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki berkenaan.

“Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?” tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Bagi tindakan lanjut, mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki itu dan membawanya keluar dari surau untuk tindakan selanjutnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: iL0veBorneo