Ajal 2 beradik di hadapan sekolah

Dua beradik maenemui ajal selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk, depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, difahamkan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kemalangan membabitkan motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang pelajar berusia 15 sambil dibonceng adiknya itu bergerak dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan terus bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 28 tahun.

“Nahas mengakibatkan adik-beradik itu meniggal dunia di tempat kejadian akibat kecede.raan parah, manakala pemandu wanita mengalami kecederaan ringan.

“Mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai rakaman ‘dash cam’ diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222 bagi membantu siasatan.

Sumber:HM