
Bukan gimik lakonan.
Tahniah diucapkan kepada pelakon, pengarah dan pelawak terkenal, Sabri Yunus yang selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon, Angelina Tan, hari ini.
Gambar pernikahan Sabri, 62, atau nama sebenar Mohd Sabri Yunus yang popular dengan watak Wan Ismail Golok dan Pok Ya Cong Codei bernikah dengan Angelina yang terkenal dengan watak Lucy menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dikongsi melalui media sosial pelakon dan penyampai radio, Issey Fazlisham.
Menerusi dua gambar yang dikongsi Issey itu, dia mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan itu.
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini/ Angelina Tan. Alhamdulillah kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” tulisnya.
Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Perlis, 10.30 pagi tadi dengan sekali lafaz.
Walaupun saling mengenali sejak tahun 1992, pasangan itu hanya rapat sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga setelah Angelina Tan memeluk Islam.
Sabri menduda sejak tahun 2007 selepas kehilangan isterinya yang meniggal dunia akibat k4nser.
Sumber:BH