Jadi ‘bahan’ di TikTok , lagu Nirmala diinspirasikan dari kisah Rasulullah SAW dan Aisyah- Penulis lirik

Sekadar mengikuti trending, tindakan segelintir pengguna TikTok termasuk pasangan pelakon suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuat video seolah-olah ‘mempermainkan’ lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nirmala, pastinya bertujuan untuk hiburan semata-mata.

Itu anggapan penulis lirik lagu tersebut, Kamarulzaman Taib atau Che Kem walaupun sebenarnya mengakui lirik lagu hebat itu adalah berkisarkan peristiwa Nabi Muhammad SAW dan isterinya, Aisyah.

Che Kem yang juga pelakon dan seorang penggiat teater berkata, jika lagu itu diambil dalam bentuk terputus-putus, baginya ia tidak mempunyai maksud apa-apa kerana tidak berkaitan dengan keseluruhan lirik.

“Ia tiada maksud dan sekadar lagu saja. Tapi sebagai individu yang menghormati lagu itu, menghormati falsafah kisah di sebalik lagu itu, mereka takkan buat perkara yang sepatutnya mereka hormati.

“Kisah ini adalah satu penghormatan terhadap Aisyah dan jika ada kefahaman mengenai liriknya, mereka tak buat perkara ini. Mereka buat sekadar untuk ‘trending’ dan hiburan,” katanya lagi.

Che Kem berkata, Kamal dan Uqasha juga tentu mengikut ‘trend’ melakukannya tanpa memahami maksud sebenar lagu itu.

“Ada yang tahu mengenai lirik lagu ini, tahulah. Yang tak tahu pula, ambil sebagai hiburan. Lagu ini juga digunakan dalam program Dangdut Asia dan ia ditarikan dalam konsert dangdut semata-mata.

“Ini kerana dalam lirik itu saya tak menulis sepatah pun mengenai Rasulullah, tapi ilham liriknya memang dari kisah Rasulullah dan Aisyah.

“Maknanya ia boleh ditafsir dalam cerita yang berbeza mengikut latar pengetahuan yang berbeza,” katanya.

Lagu Nirmala ciptaan Allahyarham Pak Ngah ini dimuatkan dalam album Sanggar Mustika pada 2002.

“Ketika itu Siti berdepan isu fitn4h dan surat layang yang bertebaran di internet. Namun, sebenarnya saya bukanlah buat lirik dari kehidupan Siti.

“Cuma dari peristiwa itu, ia buka fikiran saya untuk cari pengajaran dari isu yang terjadi kepada beliau. Saya belek surah-surah kisah Nabi dan jumpa kisah dalam surah an-Nur.

“Aisyah difitnah berz1na sehingga menjejaskan reputasi Nabi Muhammad SAW dan Islam serta nama Aisyah sendiri sebagai isteri,” katanya.

Lirik lagu Nirmala

Diciptakan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan
Aduhai
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya

Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama

Siapa menyapa bagai pelita
Arah yang menghilang tika gelita
Duhai kasih bulan saksi

Tatap tidak ditatap
Kotakan di dada yang terdetik
Temukan sang cinta
Angin pun mula bercerita
Semesta nyata terpedaya
Kekasih tak berbahasa
Getir fikir derita mengharap
Suara

Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat

Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Nun dari sana

Telah turun berbicara
Sang kesuma bidadari syurgawi
Sesungguhnya berkasihlah
Di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya
Mengapa kita sengketa
Rentaslah jalan terbuka

Tanpa dusta
Telah teguh di garis karma
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya

Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya

Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

Sumber:BH