
Belum pun reda kisah beliau bersama adik dan ibunya,penyanyi Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila meminta seorang wanita yang juga dipercayai kekasih adiknya, Amir Syafiq dikenali sebagai Eiza untuk keluar daripada banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila AMir Hamzah, 33, berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya wanita tersebut tidak keluar daripada rumah itu esok.
Menurut Shila, Eiza sudah berpindah dan menetap di rumahnya sejak tahun 2021 sehingga hari ini.
“Kepada orang luar sebenar. Eiza yang sudah lama duduk di rumah saya di Hulu Langat itu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.
“Sila keluar dalam kadar segera,” katanya dalam InstaStory hari ini.
Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu itu juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang agar Eiza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya dan keluarga dalam media s0sial.
“Jika keluar sebarang perkataan mengenai saya dan keluarga saya dalam media s0sial milik awak, notis tuntutan (LOD) akan dihantar.
“Saya maklumkan hal ini kepada ibu, Datin Fauziah Sarman untuk memintanya keluar daripada rumah tersebut setahun lalu.
“Dia pindah ke rumah itu pun tanpa kebenaran saya,” katanya lagi.
Sebelum ini kemelut keluarga Shila menjadi bahan bualan hangat netizen apabila adiknya Syada Amzah mendakwa dihalau dari rumah kediaman yang didiaminya bakal dijual.
Kemudian, adik lelakinya, Syafiq pula turut lantang bersuara mendeda.hkan bahawa Shila biadab terhadap ibunya.
Rasa teraniaya, Shila tampil mempertahankan dirinya bahawa dia menggunakan kuasa veto untuk menjual banglo yang kini didiami ibu dan adik-beradiknya.
Konflik keluarga ini masih belum menemui titik noktah dan lebih bertambah dramatik apabila Fauziah turut membuat kenyataan tidak memaafkan Shila.
Sumber:K0smo!