Suami m4ut, isteri ce.dera parah dipijak gajah liar

Gambar sekadar hiasan

Seorang warga emas m4ut, manakala isterinya p4rah selepas mereka diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan dekat Skim Begahak di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa Lopis Jubin, 90, m4ti di tempat kejadian  manakala isterinya, Dalama Hamid, 61, ced.era parah dan kini dalam raw4tan di H0spital Lahad Datu.

Difahamkan pasangan suami isteri itu berada dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka sebelum didatangi sekumpulan 12 ekor gajah.

Sebaik menyedari kehadiran kumpulan hidupan liar itu, pasangan terbabit bertindak keluar daripada pondok dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, seekor daripada gajah berkenaan dikatakan mengejar mereka dan menyerang pasangan suami isteri itu termasuk menendang dan memijak kedua-dua mangsa.

Akibat serangan haiwan berkenaan, Lopis disahkan meniggal dunia akibat kecede.raan parah di dada, mata dan tangan.

Manakala isterinya turut parah dan mengalami patah pinggang selain cedera di peha kiri dan lebam di kedua-dua tangan.

M4yat mangsa sudah dibawa ke bahagian forensik H0spital Lahad Datu untuk tindakan lanjut, manakala isterinya dilaporkan masih raw.atan di h0spital sama.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saiman, berkata sepasukan anggota sudah dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Katanya, berdasarkan bukti yang ditemui, pemeriksaan mengesahkan kehadiran sekumpulan gajah di kawasan kebun ubi milik pasangan itu.

“Ia termasuk kesan tapak kaki gajah, pokok ubi yang patah serta geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil, lokasi kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak,” katanya.

 

 

 

Sumber:BH