“Saya terlalu rindu”- Noh Salleh mohon maaf pada ibu kandung Musa

Enggan memanjangkan isu,susulan permintaan ibu kandung kepada anak angkatnya, penyanyi Noh Salleh akur dan tampil membuat permohonan maaf atas ketelanjuran mended ahkan wajah anak angkatnya, Musa kepada umum dalam laman so0sial.

Kata pemilik nama sebenar Mohammad Noh Salleh itu,dia tidak mengetahui antara perjanjian wanita terbabit dengan bekas isterinya, Mizz Nina adalah mereka dilarang memuat naik foto Musa di mana-mana platform.

Lantaran itu Noh telah memadamkan semua gambar Musa yang kini telah berusia dua tahun, selain berjanji tidak akan mengulangi lagi kekhilafannya.

“Assalamualaikum. Mengulas balik kenyataan yang dibuat ibu kandung Musa semalam bertarikh 25 Januari 2024, saya ingin menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya hanya berbuat demikian (muat naik) kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawah jagaan saya pada waktu ini.

“Dia telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini.

“Oleh itu, saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi serta memadam gambar yang mengandungi muka Musa di laman so0sial saya,” katanya dalam kenyataan menerusi Instagram, sebentar tadi.

Menurut vokalis Hujan itu, dia juga memahami serta menghormati hak wanita terbabit selaku ibu kandung kepada anak angkatnya, namun hanya berkongsi gambar bersama Musa disebabkan rindu.

“Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa dan mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusannya pada waktu ini.

“Sebagai manusia biasa pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau serta terlalu mengikut perasaan rindukan Musa dengan memuat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain di luar sana.

Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dengan pendirian saya sebelum ini di mana, apa yang penting bagi saya ialah kesihatan mental dan fizikal Musa,” ujarnya.

Pada masa sama, Noh berharap isu membabitkan penjagaan anaknya itu dapat diselesaikan secara baik.

“Saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahk4mah Syariah Shah Alam pada 5 Februari ini bagi proses Sulh dan 6 Februari untuk perbicaraan.

‘Saya berharap dengan penjelasan yang telah pun saya buat ini dapat menjernihkan keadaan dan saya berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan,” tambahnya.

Semalam Athira menuntut penyanyi terbabit meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berikutan tindakan Noh mendedahkan wajah anaknya, sekali gus melanggar syarat ditetapkan dengan Mizz Nina.

Sumber:K! Online