Lancarkan misi #GengSubuhMacamJumaat di Abu Dhabi, ada individu kurang senang tindakan Alif Satar

Perkongsian selebriti versatil, Alif Satar mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif memuat naik foto dirinya ketika berkunjung ke sebuah masjid terkenal di Abu Dhabi iaitu Masjid Sheikh Zayed.

Penyanyi itu turut meluahkan rasa teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke salah satu masjid terbesar dunia itu.

Lebih bermakna, Alif turut bersyukur apabila dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut.

“Alhamdulillah.. rezeki dapat solat in this beautiful mosque. Masya-Allah… memang lawa.

“Sini strict sikit, tak boleh tunjuk sign tangan bila bergambar atau buat video lebih-lebih… takpa, kita hormat peraturan dan undang-undang.

“Seronok dapat subuh berjemaah dengan #GengSubuhMacamJumaat cawangan Abu Dhabi!

“Waktu solat pagi tadi, tengok lampu dia saja buat aku fikir ‘Kalau ni pun dah cantik, mahligai kat syurga nanti macam mana’

 

“Kalau nak ambil gambar tak ada orang, pergi waktu solat Subuh” tulisnya teruja.

Namun, disebalik perkongsian positif tersebut, ada satu komen dari netizen yang mencuri tumpuan ramai apabila ada seorang netizen mend4kwa Alif menyusahkan orang.

Dakwa individu tersebut, kehadiran selebriti dikatakan sukar untuk diuruskan, malah mendakwa golongan selebriti sesuka hati membuat permintaan.

“Nak datang tapi nyusahkan orang nak arrange. Adhoc plan. Ingat selebriti boleh ikut suka hati nak request itu ini,” tulis individu tersebut di ruangn komen.

Untuk info, #GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk orang ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah di masjid.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di seluruh negara termasuklah di negara jiran.

Sabar jelah Alif. Tak semua perkara baik yang kita buat orang suka. Janji Allah tau niat kita. 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Xtr4