“Bariatrik yang gagal…,” – Berat badan Abby Abadi kembali naik

Walaupun telah menjalani pembed4han bariatrik, berat badan pelakon Abby Abadi naik mendadak  kerana tidak menjaga pemakanan.

“Tak payah bagitahu. Kita tahu haha. Kita naik badan melampau ni. Asyik makan sahaja kerja. Padan muka. Muka kita pun sudah macam mempelam dah awak,” tulisnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

Pada masa sama, Abby turut mended4hkan pembedahan bariatrik tidak akan berkesan sekiranya tidak menjaga disiplin pemakanan dan malas bersenam.

“Produk bariatrik yang gagal. Sebab tu pada siapa-siapa yang nak kurus, cakap buat je bariatrik buleh kurus. Ingat semudah itu? Tidak ya.

“Lepas buat, kalau tak pantang makan, tak buang gula dan tak bersenam, tiada makna ya. Sama je.

“Naikk balik, sudahnya berat kita 80kg tak bergerak-gerak ni,” kongsinya lagi.

 

Lantaran itu, Abby kini mencuba produk-produk makanan tambahan bagi membantunya menguruskan badan.

“Kita kena buat sesuatu la wak. Kita nak ambil produk la untuk kurus. Cadangkan produk apa yg sesuai. Yang comfirm kurus.

“Tolong kongsikan. Nak exercise tapi esok ke esok, sampai sudah,” ulasnya lagi.

Difahamkan Abby  telah menjalani pembedahan bariatrik pada tahun 2020.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH