Adab Membaca, Membawa & Menyimpan Al-Quran

ADAB MEMBACA AL-QURAN

1)Membaca Al-Qur’an hendaknya dalam keadaan suci dari hadas besar ataupun kecil

2)Sebelum membaca Al-Qur’an, disunnahkan membaca ta’awwudz dan basmalah.

3)Membaca doa sebelum memulakan bacaan al-Quran.

4)Membaca al-Quran dengan menghadap qiblat.

5)Meletak al-Quran ditempat yang sesuai, seperti papan rehal.

6)Memakai pakaian yang suci, lengkap dan menutup aurat.

7)Membaca dengan tertib dan beradab.

8)Al-Qur’an harus dibaca dengan tartil dan tajwid yang benar.

9)Membaca dengan suara merdu dan baik.

10)Tidak boleh membaca Al-Qur’an sambil bernyanyi menari atau memekik seperti orang kesakitan.

11)Menumpukan perhatian kepada bacaan dan menjauhkan daripada amalan-amalan seperti bercakap-cakap, ketawa dan bertepuk-tepuk tangan.

12)Janganlah menghentikan bacaan Al-Qur’an sembarangan hanya kerana akan berbicara dengan orang lain atau memenuhi keperluan yang tidak penting.

13)Mengakhiri bacaan dengan sodaqollahul’azhim.

14)Menciumnya setiap kita selesai membacanya.

15)Apabila ketika membaca Al-Qur’an terasa ingin buang angin, atau mulut terasa akan menguap, hentikanlah bacaan Al-Qur’an sejenak untuk menyelesaikan hajat tersebut.

ADAB MEMBAWA AL-QURAN

1) Dalam keadaan suci dari hadas besar ataupun kecil .
2) Memegang al-Quran dengan tangan kanan.
3) Membawa separas bahu.
4)Saat membawa Al-Qur’an, disunnahkan mendakapnya dengan tangan kanan.

ADAB MENYIMPAN AL-QURAN

1) Simpan al-Quran di tempat yang tinggi dan bersih.
2) Al-Quran ditaruh di tempat yang dialas tinggi.
3) Tidak menjadikan Al-Quran sebagai bantal.
4)Tidak diletakkan diatasnya barang-barang lain.

 

Silahkan SHARE jika dirasa bermanfaat…..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: https://manfaartislam.wordpress.com

Facebook Comments