Amalan Sedekah Al-Fatihah Kepada Orang Mening gal Dunia Tidak Pernah Diajar Rasulullah SAW

HUKUM BACA FATIHAH KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGG4L DUNIA

Hukum baca fatihah kepada si ma ti. Satu amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita apabila mendengar kema tian seseorang ialah menyedekahkan bacaan al-Fatihah.

Kita sering mendengar ungkapan mengajak agar menyedekahkan al-Fatihah kepada seseorang dalam sesuatu majlis. Contohnya, “marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada si fulan bin si fulan yang baru sahaja menin ggal sebentar tadi…”

Bahkan, kita juga diingatkan agar menyedekahkan al-Fatihan kepada mereka yang telah lama menin ggal dunia seperti pejuang negara, tokoh tertentu, sanak saudara dan sebagainya.

Di Facebook dan media sosial lain juga kini menjadi medan untuk menulis “al-Fatihah” sebagai tanda bacaan al-Fatihah telah dibacakan dan disedekahkan kepada si ma ti.

Dengan kata lain, perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan.

Bahkan, dirasakan satu kejanggalan jika tidak melakukan perkara itu jika diketahui ada berita mengenai satu-satu kema tian. Kita akan merasa seperti jahil dan tidak sensitif dengan berita kema tian itu.

Persoalannya, adakah perbuatan itu suruhan agama?

Sebenarnya, perbuatan membaca al-fatihah kepada si ma ti atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si ma ti tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf.

Tidak diriwayatkan walau satu hadis, cerita atau apa jua kisah bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-Fatihah kepada orang ma ti di kalangan mereka.

Isunya bukan soal sampai atau tidak, tetapi soalnya amalan itu tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang Nabi SAW tidak lakukan.

Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki. Adapun pahala bacaan al-Fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh Allah SWT kerana tidak ikhlas, tidak betul tajwid atau salah sebutan bacaan sehingga maknanya lari.

Lalu jika pahala al-Fatihah itu pun belum dijamin dapat, bagaimana mahu diberikan kepada orang lain? Kalau sedekah harta dan sesuatu milik kita maka hal tersebut sudah jelas dan sememangnya diterima oleh syarak.

Sebenarnya, jika kita boleh menyedekahkan pahala bacaan al-Fatihah, maka kita juga boleh menyedekahkan pahala bacaan ayat al-Quran lain. Ini kerana, membaca al-Quran mendapat pahala tanpa mengira ayat atau surah mana.

Berkata Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Sebenarnya ada cara lain diajarkan Rasulullah SAW apabila mendengar berita kema tian atau mus ibah.

Cara itu ialah mendoakan kepada si ma ti atau orang yang sedang dilanda musi bah.

Antara contoh doa yang dilafazkan oleh Rasulullah sepertimana sabda yang bermaksud: “Ya Allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik. (Riwayat Abu Daud)

Kita juga dituntutan agar mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” yang bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.”

Ungkapan ‘inna lillah’ adalah ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud: “(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.”

Umat Islam mempercayai bahwa Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jugalah yang mengambil, Dia menguji umat manusia. Oleh kerananya, umat Islam menyerahkan diri kepada Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan atas segala yang mereka terima. Pada masa yang sama, mereka bersabar dan menyebut ungkapan ini saat menerima cubaan atau musi bah.

Jadi, sepatutnya kita mengikut cara diajarkan Rasulullah SAW dan apa yang dinyatakan dalam al-Quran. Kita perlu sedar, setiap amalan yang kelihatan baik tetapi tidak dilakukan oleh Rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar sebab jika ianya perkara baik sudah pasti mereka akan mendahului kita.

Berkata Huzaifah al-Yaman yang bermaksud: “Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW maka janganlah kamu melakukannya.”

Mengenai pahala bacaan doa kepada si m ati, kebanyakan ulama mengatakan membaca doa dan bersedekah untuk si m ati insyaallah sampai. Maksudnya ada kebaikan diperoleh si m4ti hasil doa itu.

Pendapat itu berdasarkan kepada hadis Muslim, terdapat sunah mendoakan dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan dengan membaca (terjemahan): “‘Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. (Hadis riwayat Muslim)

Dalam menyelesaikan persoalan ini, jika ada yang tetap mahu melakukan amalan membaca surah al-Fatihah dan menyedekahkannya kepada orang m ati maka janganlah dicela atau dilemparkan tuduhan bukan-bukan.

Para ulama telah membincangkan perkara ini secara mendalam. Tentunya ada sesuatu yang menyebabkan perkara ini dilakukan dan diamalkan berterusan.

Berikut adalah penjelasan video daripada Ustaz Azhar Idrus

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: islamituindah