Kisah Wanita yang Rajin Ibadah Tapi Tidak Masuk Syurga Kerana Mengabaikan Tudung

Al-Kisah diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib dan sunah. Hanya ada satu kekurangannya, ia tak mau berjilbab menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum, seraya menjawab: Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab. Sudah banyak orang yang menanyakan dan menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga suatu malam ia bermimpi sedang berada di sebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan boleh merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga.

Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang terlintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Ia pun menghampiri salah satu wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. Assalamualaikum saudariku Waalaikum salam, selamat datang wahai saudariku Terimakasih, apakah ini syurga? Wanita itu tersenyum. Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum syurga.

Benarkah? Tak boleh bayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, Amalan apa yang dapat membuatmu kembali wahai sudariku? Aku selalu menjaga salat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunah. Alhamdulillah.

Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan ia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mula memasukinya satu per satu. Ayo, kita ikuti mereka! Kata wanita itu sambil setengah berlari. Apa di balik pintu itu? Tentu saja syurga wahai saudariku

Larinya semakin cepat. Tunggu tunggu aku Ia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun ia tetap saja tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari sekuat tenaga.

Ia lalu berteriak, Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau kelihatan begitu ringan? Sama denganmu wahai saudariku Jawab wanita itu sambil tersenyum. Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu,

Amalan apalagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan? Wanita itu merenung dan tersenyum lalu berkata, Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?

Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab, Apakah engkau mengira bahawa Tuhanmu akan mengizinkanmu masuk ke syurga-Nya tanpa tudung penutup aurat? Kata wanita itu.

Tubuh wanita itu telah melewati, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar memandangnya dan berkata, Sungguh malang, amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.

Ia terpegun lalu terbangun beristighfar lalu mengambil wuduk. Ia tunaikan solat malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan sekarang ia berjanji sejak saat ini ia akan menutup auratnya.

Allah Ta’ala berfirman Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al- Ahzab: 59)

Berjilbab adalah perintah langsung dari Allah Subhanahu Wa Taala, melalui utusan-Nya yakni baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang namanya perintah dari Allah adalah wajib bagi seorang hamba untuk mematuhi-Nya. Dan apabila dilanggar, ini jelas ia telah berdosa.

Semoga cerita di atas memberi inspirasi bagi wanita yang belum berhijab. Kerana berhijab bukan sekadar menjadi identiti seorang musimah saja tapi ini adalah kewajipan yang harus dikerjakan. Semoga bermanfaat.

Sumber:  inilah.com via Islamidia / DiariDunia.com

Facebook Comments