“Smiggle dan At-Takathur”, Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan

Hari ni mama berlumba-lumba nak penuhi permintaan anak. Belikan beg, bekas air, bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama. Tak salah pun jika berkemampuan, namun janganlah didik anak kita untuk bermegah-megah dengan orang lain yang tidak mampu.

Kita sebagai ibu bapalah perlu berperanan untuk mendidik anak kita sejak kecil. Perkongsian wanita bernama Liyana Nazli ini memang menarik. Banyak benar dalam kata-kata dan perkongsiannya beliau.

Smiggle dan At-Takathur 

“Hari tu ayah saya bawak saya tidur hotel. Best… ada swimming pool!”

“Jomlah naik kereta saya. Best tau, kereta saya ada TV. Ada video kartun. Kereta ayah awak ada?”

Berdesing telinga, berdarah-darah rasa hati bila dengar ayat tu keluar daripada mulut anak sendiri masa bersembang dengan kawan-kawannya. Eh, ibu tak ajar tau awak eksyen dengan kawan macam ni? Huk!

Nak jegil mata dari jauh pun dia bukannya faham. Sebab dia tak rasa dia sedang buat satu kesalahan pun. Jadi kita yang dewasa inilah perlu tegur dan beritahu. Maka saya biarkan dulu. Saya rancang nanti ada peluang bersendiri dengan dia, saya akan tegur.

Suatu malam saya sedang tasmi’ hafazan surah lazimnya. Malam itu giliran Surah At-Takathur. Lepas dia habis tasmi’ saya ajak dia baca maksud surah itu. Saya hulur terjemahan Al-Quran dan minta dia bacakan sendiri maksudnya.

‘Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.’

Ayat pertama dan kedua surah tersebut. Saya tanya dia apa maksudnya bermegah-megah. Dia cakap tak tahu.

Saya terangkan bermegah-megah itu sifat menunjuk-nunjuk kelebihan diri, sentiasa mahu lebih daripada orang lain dengan niat berlumba-lumba.

Tak kiralah lebih dari segi harta ke, kepandaian ke, keturunan ke… Saya bagi contoh dengan meniru semula ayatnya kepada kawan sebelum itu. Dia tunduk. Mungkin mula rasa bersalah.

“Ayyash rasa, kenapa bermegah-megah tu melalaikan? Angkat bahu. Tak tahu.

“Sebab bila kita duk sibuk hitung kelebihan harta kita, kehebatan diri kita, kita tak kisah dah pasal orang sekeliling kita kan? Mereka mungkin tak mampu pun nak ada apa yang kita ada. Mereka mungkin nak makan pun tak cukup, apa lagi nak pergi tidur hotel macam Ayyash. Ayyash tahu tak balasan orang yang suka bermegah-megah?”

Dalam ayat seterusnya Allah cerita, balasan untuk orang yang bermegah-megah dengan dunia sehingga lalai untuk kejar akhirat ni, tempatnya di neraka Jahiim. Saya hanya sebut sepintas lalu sahaja ayat itu kepada anak. Tidak terlalu ditekankan. Belum sesuai lagi.

Cukuplah dia tahu perbuatan bermegah-megah itu suatu perbuatan yang Allah tegah. Yang saya tekankan ialah ayat terakhir. Yang lebih dekat dan sesuai dengan jiwanya yang masih amat muda.

‘Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).’

“Nanti kat akhirat Allah tanya, Ayyash buat apa dengan kelebihan yang Allah bagi pada Ayyash. Allah bagi Ayyash hidup senang, Ayyash ada tolong orang tak? Allah bagi Ayyash pandai, Ayyash ada guna untuk Islam tak?”

Makin tunduk kepalanya. Aduh! Rasa bersalahlah pulak! Maaflah, tapi ibu perlu tegur awak masa awak masih kecil ni. Nanti dah besar, dah jadi buluh lagi susah nak dibetulkan. Tak mahulah ada mindset ‘alah… budak memang macam itu. Kecik lagi, tak apa.’ Sedar tak sedar yang kita duk pandang kecil itu tadi, tiba-tiba dah besar dah.

Megah Dengan Kemewahan

Musim-musim orang duk bincang pasal patut dak beli Smiggle yang mahal kat anak-anak ni mengingatkan saya kepada perbualan di atas dengan Ayyash.

Saya rasa masalahnya bukan pada barang mewah tu. But how you carry yourself when you have something that others don’t have. Do you carry yourself with pride or you stay humble? You’ll stay humble no matter how valuable your possessions, as long as the world is only in your hand. Not your heart. Anda akan gunakan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain yang kekurangan.

Dan dalam keadaan anda tak memiliki apa yang orang lain ada, bagaimana anda menanggapi kelebihan yang ada pada orang lain. Will you be happy for them? Or do you envy them?

Ada hasad tak? Hasad ni ialah dia tak suka orang ada lebih, tapi dia tak mahu pun kelebihan orang tu. Lebih teruk, dia akan cuba hilangkan kelebihan yang ada pada orang tu.

Bahaya orang yang ada hasad dalam hati ni. Allah sebut dalam surah Al-Falaq untuk kita berlindung daripada mereka yang hasad ni.

Kita nak anak kita tahu yang harta kemewahan ni tak memberi nilai pada diri seseorang sebab Allah tak pandang pun semua tu. Jadi soalannya, macam mana kita nak ajar anak yang dunia itu hanya di tangan, jangan sampai masuk ke dalam hati?

Sebab kita yang dewasa ni pun kadang-kadang confuse dengan perkara ni. Kita sendiri pun tanpa sedar nilai orang lain dengan neraca dunia. Dia kerja bagus dak, dia ada banyak duit dak, rumah dia besar dak….dan macam-macam lagi. Huuu…

Anak kita ialah cerminan diri kita. Dalam duk besarkan anak-anak ni banyak sebenarnya muhasabah diri sendiri. Sobs!

Kredit: Liyana Nazli

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: majalahpama

Facebook Comments