Ustaz, Macam Mana Nak Bagi Tak Tidur Lepas Subuh? – Yatt Hamzah

Pernah tak mak-mak yang pernah terbuat ini, ‘tidur semula selepas Subuh’. Haa.. rupanya perlakuan itu jadi satu tanda yang kita ini hamba yang sombong dengan Allah. Perkongsian Yatt Hamzah, 38 ini ringkas tapi penuh makna.

Yatt Hamzah yang ketika ini sedang sarat hamil akui yang kehamilannya kali ini sudah overdue. MW doakan Yatt dipermudahkan bersalin anak ketiganya ini dengan mudah.

Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?

Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Oh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?

Aku bisik dalam hati ‘Ada banyak mazhab ke dia ni?’. Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku.

Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…’ “Maaf ustaz, dua-dua mazhab lah ustaz”.

Dia kata, “Kalau dengan cara hidup kau, amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

Aku nak menangis.

 

 

 

Orang Macam Ini Sombong Dengan Allah

Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tahu, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”

Aku tersentak.

Kenapa ustaz?” Dia menjawab, “Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dan Dia berlagak depan Allah! Malah Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur.

“Umpama macam kalau kau seorang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.

Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata, “Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.

Aku tersentak.

Bertaubat Dulu Barulah Solat Dhuha

Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar.”

Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.

Allahuakbar, bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tahu Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi, Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?

 

Ustaz Macam Mana Nak Bagi Tak Tidur Lepas Subuh? - Yatt Hamzah

 

Ini Pula Doa Untuk Ibu Hamil Yang Overdue

Ibu hamil yang sedang sarat, amalkanlah surah Al Insyiqaq, ayat 1 hingga 5. Surah yang Yatt Hamzah kongsikan ini katanya, “khusus untuk ibu ibu hamil yang dah sarat terutama kategori macam MakYong overdue ini.”

Moga Allah makbulkan dan permudahkan kelahiran anak-anak syurga ini.

Ini Terjemahannya:

1. Idzassamaa unShaqqat – Apabila langit terbelah.
2. Wa azinat lirabbiha wahuqqat – Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
3. Waidzal ardhu muddat – Dan apabila bumi diratakan.
4. Wa Alqat Maafiha watahollat – Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.
5. Wa azinat lirabbiha wahuqqat – Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

Sumber/Foto : Instagram Yatt Hamzah
.

 

 

Sumber

Facebook Comments