Apabila “Kasut Emas” Menjadi “Kasut Baby”..Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 Jadi Bahan “Troll” Netizen

Semalam berlangsungnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 ataupun ABK18 bagi menghargai para pemain dan jurulatih.

Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang – dan tak lupa kepada penganjur yang berusaha memastikan acara ini dilangsungkan secara lancar.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah Anugerah Kasut Emas ABK18. Bukan kerana kontroversi sang penerima – itu mustahil berlaku kerana anugerah ini berdasarkan statistik – tetapi rekaan Anugerah Kasut Emas itu yang menjadi perhatian.

Anugerah pada tahun ini – untuk kategori pemain import dimenangi oleh Rufino Segovia (Selangor). Manakala untuk kategori pemain tempatan dimenang oleh Shafiq Shaharudin (Kelantan).

Sekali imbas pasti anda tertanya-tanya; “Di mana kasut emas?” – Anda perhatikan betul-betul, ianya bersaiz kecil berwarna kristal.  Ini adalah Kasut Emas yang diterima oleh Shafiq Shaharudin dan bakal diterbangkan ke alamat Rufino Segovia di luar negara.

Pastinya kos penghantaran akan menjadi lebih murah dan senang untuk dijaga. Oleh kerana rekaannya yang terlalu comel, maka peminat bola sepak tanah air telah menjadikannya bahan jenaka dan ‘troll’ di media sosial.

 

 

 

Ada juga netizen yang menganggap ianya kasut emas versi ‘budget’.

Tak kurang juga yang membandingkan dengan produk online yang hampir serupa

Ini adalah kasut emas pada ABK17 yang kelihatan lebih menawan.

TMJ selaku Pengerusi Malaysia Football League (MFL) berasa amat kecewa dengan isu trofi kasut emas bayi berkenaan Menerusi Twitter, TMJ menyelar tindakan pihak yang menghasilkan trofi tersebut dan menggesa sesiapa yang terlibat untuk segera meletakkan jawatan. Selepas ‘dijentik’ oleh TMJ, barulah pihak MFL tampil untuk memberikan penjelasan sebenar Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Facebook, MFL menjelaskan bahawa trofi berkenaan tidak memenuhi standard seperti apa yang diharapkan.

Malah, mereka telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan. Baca di bawah:

Nampaknya, TMJ dilihat berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan sempat berseloroh dengan menggelar kasut emas itu sebagai kasut Cinderella

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Semuanya Bola,Seismik

Facebook Comments