Cukup Tragis… Empat Sekeluarga Dijemput Ilahi Dirempuh Treler, Bayi 13 hari Antara Yang Maut

Innalillahiwainnailaihirojiun… empat sekeluarga dijemput Illahi di hari yang mulia dirempuh treler bawa muatan beras. Antara yang maut adalah seorang bayi, Zayyan Nazreel Zainuddin bersama bapa, Zainuddin Anuar, 30; ibu, Raizuamira Daud, 31; dan kakaknya yang belum dikenal pasti identiti.

 

Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar isteri untuk berpantang di kampung. Kejadian berlaku di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Balai Polis Paloh, Gua Musang, 7.15 pagi semalam.

 

Perjalanan sekeluarga pulang ke kampung di Pasir Mas untuk menghantar isteri pantang bersalin bertukar tragedi apabila bertembung dengan sebuah treler muatan beras yang memasuki laluan bertentangan selepas terbabas.

 

Dalam kemalangan tersebut kereta Proton Wira yang dinaiki 4 sekeluarga itu diseret dan dihempap treler terbabit ke empat-empat mereka dipercayai maut termasuk bayi mereka berusia 10 hari mengikut rekod perubatan bayi terbabit yang dijumpai ditempat kemalangan.

 

Dari Cerita Ibu Mangsa

Rahmah, 75, adalah ibu kepada Raizuamira Daud berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu bertolak pada jam 11 malam semalam cuba menghubunginya, namun dia tidak dapat menjawab panggilan itu kerana tertekan butan letak.

 

“Kali terakhir saya berbual dengan arwah pada hari dia melahirkan anak (16 September) di Kajang Permai Medical Center (KPMC) . Arwah memaklumkan mereka akan pulang berpatang di rumah dalam masa dua hari.

mangsa

“Arwah juga sempat pesan supaya menyimpan kelapa dan mencari dua kambing untuk persediaan majlis Aqiqah sebaik mereka pulang nanti.

 

“Namun, saya dimaklumkan anak keempat, Rokiah Daud, 49, mereka tidak dapat pulang kerana bayi arwah mengalami penyakit kuning dan perlu menerima rawatan di KPMC. Mereka tangguhkan ke hari ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

sembahyangkan jenazah

Sementara itu, Rokiah berkata, kali terakhir arwah yang bekerja sebagai penyelia kantin Kolej Vokasional Sepang pulang ke kampung adalah pada cuti sekolah Mei lalu, selama seminggu.

 

“Arwah seorang yang periang dan banyak cakap berbanding suaminya. Saya sempat memasak tiga kuih seperti onde-onde, butir nangka dan puteri manis untuk arwah kerana dia mengindam,” katanya.

treler

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi ini membabitkan sebuah treler bermuatan beras dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira.

bayi 13 hari

Semoga roh empat beranak ini dicucuri rahmat mereka pergi di pagi jumaat yang mulia sungguh tragis cara permergian mereka namun Allah lebih sayang kan mereka.

Al fatihah.

 

 

Sumber:Mingguan wanita

Facebook Comments