Garam dijual di Asia kadar pencemaran plastik tertinggi di dunia

Gambar hiasan. – FOTO The Heart Foundation

PETALING JAYA: Lebih 90 peratus garam yang digunakan di dapur di seluruh dunia didapati mengandungi mikroplastik, menurut kajian terkini oleh syarikat Greenpeace.

Greenpeace merupakan organisasi global yang menjalankan kempen protes keamanan untuk mengetengahkan masalah alam semula sekitar dan memberikan penyelesaian hijau bagi masa depan.

Kajian itu juga mendapati garam yang dijual di Asia mengandungi tahap pencemaran plastik tertinggi.

Kajian tersebut menganggarkan bahawa purata orang dewasa makan 10 gram garam sehari akan makan kira-kira 2,000 mikroplastik setahun.

Kajian berkenaan menganalisis 39 jenama garam daripada 21 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Kandungan mikroplastik berubah secara dramatik di antara jenama garam yang berlainan dan sangat tinggi dalam garam yang digunakan di Asia.

Sampel garam laut Indonesia didapati mempunyai jumlah mikroplastik yang tertinggi.

Indonesia dianggap sebagai penghasil plastik kedua terburuk ke lautan dunia.

Kajian tersebut turut mendapati hanya tiga jenama garam yang didapati tidak mengandungi sebarang zarah mikroplastic dalam sampel yang diuji iaitu Taiwan (garam laut halus), tanah besar China (garam batu halus), Perancis (garam laut yang dihasilkan oleh penyejatan solar).

Satu kajian berasingan oleh University of York di Britain yang berusaha untuk menilai risiko mikroplastik kepada alam sekitar, belum cukup maklumat diperolehi bagi menentukan sama ada mikroplastik boleh menyebabkan kemudaratan. – The Star

Sumber:mStar