Ini Penjelasan Mengapa Ustaz Adib Dikenakan Hukuman Penjara Setakat Rotan Murid Enggan Solat

Mahkamah Majistret Kajang dekat sini telah menj4tuhkan hukuman pen­j4ra enam bulan dan denda RM2,000 terhadap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang juga dikenali sebagai Ustaz Adib kerana menceder4kan kaki seorang mu­rid darjah lima di sekolah­nya, tahun lalu.

Keputusan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Adib Abd. Halim, 24, selaku orang kena saman (OKS) oleh Majistret Nor Afidah Idris dilakukan setelah pihak pem­belaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada a­k­hir kes pembelaan.

Hukuman penj4ra terhadap Muhammad Adib ditangguhkan kerana Mahkamah membenarkan permohonan peguam OKS untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi Muhammad Adib dipertintahkan untuk membayar denda itu serta merta.

Muhammad Adib dibicarakan setelah mengaku tidak bers4lah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kece­der4an di kedua-dua bahagian kaki kiri dan kanan murid lelaki itu ketika kejadian berusia 11 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah, Bandar Seri Putra, Hulu Langat dekat sini kira-kira pukul 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Kes Ustaz Adib ini menjadi tular dalam laman sosial berikutan tindakannya dikatakan merotan murid terbabit kerana enggan bersolat.

Yang tak tau jgn kecam terus pihak murid tersebut. Murid tersebut jiran saya, jgn buat andaian sebelah pihak sahaja.

Nak merotan no hal tp bukan kerana nafsu amarah.

Dan budak tu kene rotan bukan pasal dia x solat ye.. Dia panggil kawan2 di kelasnya ajak turun solat dia lambat sampai.. BUKAN TAK SOLAT ye..

Pasal kene rotan dia sorok dari parentsnya lebam2 pada kaki.. Tp after 3 hari Dia demam kakinya lebam2 (time tu icah warded tahun lepas so aku tgk laa kaki budak tu) terus warded ke hospital jd kes polis, parents nk selesai cara baik minta dtg ke hosp tp ustaz tu ego.

Mak ustaz tu pon buat pengakuan 2x dah dua buat tp satu kes lepas.. Kes ni sbb parents tu keje pejabat kebajikan masyarakat.