Mangsa Simbah Asid Masih Menunggu Janji Dato Seri Vida Sejak 2016

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sekali lagi terpalit kontroversi apabila beliau dikatakan lupa pada janji.

Korang masih ingat dengan nasib seorang gadis yang menjadi mangsa simbah asid oleh bapanya pada tahun 2016?

Baru-baru ini wanita tersebut tampil menceritakan tentang janji Dato’ Vida untuk menanggung kos rawatan pembedahan plastiknya sebanyak RM100,000. 

Pun begitu, setelah dua tahun berlalu tiada langsung khabar berita daripada usahawan kosmetik tersebut.

Menurut Harian Metro, jutawan kosmetik ini telah beri harapan palsu kepada seorang mangsa simbah asid yang mengalami kec4catan di wajah sejak dua tahun lepas. 

Beliau yang sangat bersimpati dengan nasib mangsa telah berjanji untuk membiaya kos pembed4han plastik yang bernilai RM100,000. 

Namun janji hanya tinggal janji, selepas dua tahun berlalu DSV langsung tidak memberi sebarang jawapan dan tindakan ke atas janji tersebut. 

“ Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya. Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu.

“ Begitu juga dengan kerajaan negeri yang pernah berjanji untuk membantu,” kata Nurul Dahyatul, lapor Harian Metro. 

Disebabkan hal ini, Nurul Dahyatul sangat kecewa dengan janji yang ditabur ahli perniagaan tersebut dan kerajaan negeri sebelum ini yang nyatakan kesediaan untuk tampung kos plastic surgery tu.

“ Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.

“ Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya,” katanya.

Tak cukup dengan tu, Nurul Dahyatul juga sudah lakukan pemeriksaan dengan seorang perunding pembedahan plastik di Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan itu menyatakan dia perlu lalui 4 peringkat rawatan membabitkan beberapa organ yang terjejas akibat kena simbahan asid.

Kalau ada yang anggap isu ini kecil, mungkin korang tidak berada di tempat Nurul Dahyatul yang menghadapinya setiap hari. 

Dia sentiasa simpan hasrat untuk sembuh supaya keyakinan diri pulih dan dia juga sebenarnya tak tahan alami masalah gatal-gatal muka ketika berpeluh.

“ Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling.

“ Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya,” katanya.

Terdahulu pada 13 Mac 2016, Dato’ Seri Vida yang merupakan pengasas Vida Beauty telah membuat pertemuan dengan mangsa simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam untuk memulihkan wajah mangsa yang rosak teruk.

Sumber: Harian Metro.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:xtra

Facebook Comments