Rot4n murid enggan solat, Ustaz dikenakan hukuman 6 bulan penj4ra, dend4 RM2,000

KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukum4n penj4ra enam bulan dan dend4 maksimum RM2,000 terhadap seorang ustaz selepas dia didapati bers4lah menceder4kan kaki muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunakan rot4n kerana murid lelaki itu enggan menunaikan solat.

Muhammad Adib Abd Halim, 24, dijatuhi hukum4n itu oleh Majistret Nor Afidah Idris, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan ker4guan munal4sabah di akhir kes pembela4n.

Dia, yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseks4an, diperintah menjalani hukum4n penj4ra itu bermula hari ini (tarikh jatuh hukum). Tuduhan itu membawa hukuman penj4ra maksimum setahun atau dend4 sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Muhammad Adib bagi pengg4ntungan pelaksanaan hukum4n penj4ra sementara memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

Namun, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar dend4 itu serta-merta atau dipenjar4 tiga bulan jika gagal ​​​​​​​membayar dend4 dan Muhamad Adib membayar dend4 terbabit.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Muhammad Adib, yang berdiri di luar kandang tertuduh berpakaian baju Melayu hijau dan berkopiah putih, bagaimanapun kelihatan tenang ketika hukum4n dij4tuhkan.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan keceder4an ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, di sini, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

​​​​​​​Terdahulu, Khairul Amin merayu supaya anak guamnya hanya diberikan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, mengambil kira Muhammad Adib adalah pes4lah muda yang kali pertama dihadapkan ke mahkamah selain dia baru saja mendirikan rumah tangga Mei lalu dan perlu menyara isterinya selain tiada rekod kesalahan lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin pula memohon hukuman berat kerana walaupun tertuduh masih muda, dia sudah berada pada usia matang yang boleh membezakan perbuatan baik dan buruk, selain untuk memberi pengajaran. –

Sumber:Berita Harian