“Ramai tidak faham”- Komen Fuziah Mengenai Isu Sajat

Pemberita meminta ulasan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berhubung kontr0versi terbaru usahawan kosmetik, Nur Sajat baru-baru ini.

Ini jawapan daripada beliau.

“Frasa ‘untuk tujuan tidak berm0ral’ dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan perlu dipinda supaya tindakan lebih mudah diambil terhadap mana-mana lelaki yang didakwa melakukan kesala han tersebut”.

“Atas sebab itu, pihak pendakwa lazimnya sukar melakukan pendakwaan bagi membuktikan lelaki berpakaian perempuan itu untuk tujuan tidak berm0ral”.

“Walaupun kelihatan individu pondan yang lazimnya sebenarnya lelaki berpakaian seperti itu tetapi selagi tidak dapat dibuktikan untuk tujuan tidak bermoral maka sukar untuk mensabitkan kesalahan,”katanya seperti dipetik Utusan.

Beliau menambah, selagi tiada pindaan yang boleh mengeluarkan frasa ‘untuk tujuan tidak bermoral’ selagi itu tindakan sukar diambil kepada mana-mana individu yang berpakaian berbeza jantina.

Katanya, ramai tidak faham mengapa kita tidak mengambil tindakan.

Ini kerana, jelasnya, hendak mensabitkan untuk tujuan tidak bermoral itu susah hendak disabitkan kecuali terang-terangan berada di lorong-lorong belakang sebagai pekerja s3ks.

Sumber:MHEtv

Facebook Comments