Bill Murray bakal suami Selena Gomez

KENYATAAN penyanyi Selena Gomez yang mengumumkan dia bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi Instagram baru-baru mengejutkan para peminatnya.

Bagaimanapun Selena, 26, hanya membiarkan sahaja para peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.

“Pertama kali saya berada di Cannes! Saya rasa sangat bangga menjadi sebahagian daripada filem ini bersama Jim dan seluruh kru.

Selena umum bakal berkahwin.

“Ouh ya, Bill Murray dan saya akan berkahwin,” tulisnya mengiringi sekeping foto ketika menghadiri festival filem Cannes 2019 baru-baru ini.

Bill dan Selena pertama kali bergandingan menerusi filem The Dead Dont Die dan kini mereka sedang sibuk mempromosikan filem tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ghostbusters itu mengakui dia menyukai Selena yang dianggap seorang yang baik dan mempunyai masa depan sangat cerah.

“Saya sangat menyukai Selena. Dia sangat baik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah,” kata Bill.

 

 

 

 

 

Sumber:mStar