Demi Cinta Sejati Lelaki Ini Sanggup Jalan Kaki 9km Setiap Hari Untuk Bertemu Isterinya Yang Sakit Di Hospital

Luther Younger, 77 tahun sanggup berjalan sekitar 9 kilometer setiap hari tidak kira hujan atau panas terik untuk melawat isterinya yang lumpuh di hospital, menurut Spectrum News Rochester.

Luther dan isterinya, Waverlee, telah berkahwin selama lebih dari 30 tahun. “Saya bukan apa-apa tanpa isteri saya,” kata Young kepada Spektrum News. “dia adalah segalanya untuk saya, tambahnya lagi

Mereka berdua tinggal bersama saya, “kata anak perempuan pasangan itu, Lutheta Younger, memberitahu Yahoo Lifestyle. “Saya minta mereka pindah dari rumah mereka dan tinggal bersama saya.”

Bersama kakaknya, Joyce Johnson, kedua-dua mereka telah menjaga Waverlee dan Luther dengan cara yang sama ibunya sentiasa menjaga dia dan adik-beradiknya, kata Lutheta.

Menurut Lutheta, ayahnya telah berjalan ulang alik dari hospital untuk tempoh waktu yang agak lama. “Dia tidak perlu, tetapi dia mahu. Saya boleh membawa dia dengan kereta tetapi dia tidak mahu menunggu dan tidak sabar untuk bertemu isterinya setiap hari.

Waverlee menderita kanser otak sejak 2009 lagi, Luther sentiasa mengingati detik mereka bersama selamanya. “Dia adalah pasangan terbaik yang pernah saya miliki,” kata suami yang setia itu kepada Spektrum News.

“Dia sentiasa manjakan saya, dengan masuk kebilik tidur dan mencium saya dan berkata ‘baby’ dan memberi makan kepada saya di atas katil, dan inilah yang saya lakukan kembali kepadanya di sini.”

“Sepanjang masa dia sakit, dia akan bermalam di hospital,” kata Lutheta. “Dia tidak akan meninggalkannya.”

Semasa ditanya apa yang difikirkan ayahnya tentang semua perhatian yang dia terima, Lutheta berkata, “Anda perlu tahu, dia hanya mahu yang terbaik untuk ibu saya.”

Halaman GoFundMe baru-baru ini ditubuhkan untuk membantu keluarga ini menampung kos perbelanjaan hospital dan kos perjalanan Lutheta ke hospital.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: RatuSembang

Facebook Comments