Masjid Ini Berusaha Keras Mengosongkan Jumlah Baki Infaq Setiap Bulan!

KITA selalu membaca dan melihat kutipan masjid yang tiap-tiap bulan kadang-kadang mencapai belasan ribu ringgit malahan ada yang mencapai puluhan ribu ringgit. Tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita tidak mendapat info yang cukup ke mana aliran dibelanjakan wang kutipan tersebut.

Adakah perbelanjaannya di habiskan untuk khariah-khariah masjid yang memerlukan dan dalam kesusahan. Ataupun dibelanjakan untuk membayar ribuan ringgit kepada penceramah, mencantikkan masjid yang sudah sedia cantik, membuat kenduri besar-besaran ataupun sebagainya yang sepertinya perkara tersebut lebih penting dari membantu mereka yang memerlukan.

Di saat banyak masjid yang bangga menunjukkan kutipan infaq mereka yang tinggi tetapi masjid ini iaitu Masjid Jogokariyan di Indonesia berusaha keras untuk menghabiskannya supaya pada setiap pengumuman kepada orang ramai tiada baki infaq yang tinggal. Bagi mereka orang ramai  yang meng’Infaq’ menunggu infaq mereka menjadi amal sholeh, bukan untuk disimpan di dalam bank.

Apa gunanya membuat pengumuman kutipan yang berjumlah belasan atau puluhan ribu jika ada penduduk di sekitarnya yang kebuluran, orang s4kit yang tidak mampu membayar hospital, anak-anak yang tidak dapat bersekolah, anak-anakk yang terh4lang cita-cita mereka untukmelanjutkan pelajaran kerana kekuarangan wang?.

Bagi ahli jawantankuasa masjid ini, jika setiap pengumuman baki Infaq adalah kosong, jemaah pasti akan lebih bersemangat untuk menyumbang lagi. Bahkan mesjid ini malah mensejahterakan jemaahnya dengan fasiliti wifi percuma, ruang bersenam untuk anak anak dan dewasa, buka puasa 5000 pinggan nasi setiap hari selama sebulan pada ramadhan.

Masjid ini juga mempunyai peruntukan untuk jemaahnya yang s4kit dengan membawa Kad Sihat Masjid ke h0sptal atau Klinik di manapun yang berada di seluruh Jogjakarta. Masjid ini juga memberi hibah umrah bagi jamaah yg istiqomah solat subuh di Masjid.

Mereka berusaha keras untuk mengosongkan setiap kali pengumuman baki Infaq dan membentangkan apa yang telah mereka gunakan kepada orang ramai.

Kerana apa yang penting adalah keberkatan Infaq tersebut digunakan dan bukan kutipan Infaq yang tinggi yang hanya di simpan di dalam bank untuk dipamerkan pada setiap kali mesyuarat agung tahunan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Berita Kopak

Facebook Comments