Ini Alasannya Kenapa Wanita Berat Badan Melebihi 62 kilogram Diberikan Tiket Percuma Ke Taman Tema!

Macam-macam cara digunakan untuk Taman Tema dengan mengadakan pelbagai promosi menarik bagi perhatian para pelancong.Terbaru, taman tema di tengah China dikecam pengguna media sosial selepas menawarkan kemasukan percuma kepada wanita yang mempunyai berat badan melebihi 62 kilogram.

Promosi Selama 3 Hari

Syarat utama bagi wanita yang mahu masuk secara percuma ke Taman Tema Tang Paradise, hanya perlu duduk di atas satu penimbang gergasi yang terdapat di pintu masuk. Mereka yang mempunyai berat badan melebihi 62 kilogram diberi tiket percuma dalam promosi yang berlangsung selama tiga hari itu.

Pihak pengurusan taman tema itu memberitahu, dalam promosi dari 15 Jun hingga 18 Jun itu lebih 600 tiket percuma diberikan. Bagaimanapun, promosi itu dikecam pengguna media sosial di China yang menganggap tindakan taman tema itu sebagai menghina wanita dan memberi mesej yang salah.

 

Perayaan Dinasti Tang

Namun, jurucakap syarikat itu menjelaskan, taman tema itu menyambut perayaan dinasti Tang yang terkenal kerana menyanjung wanita berbadan besar dan gemuk. Seorang antara empat jelitawan ketika zaman maharaja China adalah Yang Gulfei yang dipercayai mempunyai berat badan 62 kilogram.

“Kami mahu memberitahu kepada pelawat wanita bahawa anda juga secantik Yang Guifei,” katanya.

Seorang wanita yang datang ke taman tema itu bersama teman lelakinya berkata, biasanya dia mahu badan yang kurus tetapi kali ini dia berharap beratnya melebihi 62 kilogram.

Seorang wanita lagi turut berkata “Saya tak sangka jadi gemuk pun ada kelebihan”, ujarnya sambil tersenyum dan melambaikan tiket kemasukan percuma yang diperolehi.

Macam-macam promosi untuk tarik perhatian iya. Apa-apa pun buat wanita, jagalah kesihatan sebaiknya dan berusahalah dapatkan berat badan yang ideal.

Sumber: Daily Mail

 

Facebook Comments