Chris Pratt dedah video ketika sedang menjalani penggambaran di lokasi Avengers: End Game

Filem Avengers: Endgame yang mula ditayangkan sejak minggu lalu mendapat sambutan hangat peminat seluruh dunia. Dalam beberapa hari tayangan, filem ini berjaya meraih kutipan belasan juta ringgit. Sememangnya ia adalah sebuah filem yang dinantikan ramai.

Sejak awal pembikinan filem ini, tidak ramai yang tahu apa yang berlaku di balik tabir. Namun salah seorang pelakonnya iaitu Chris Pratt mendedahkan sebuah video ketika sedang menjalani penggambaran di lokasi.

“Tiada siapa yang dibenarkan merakam video. Tiada peraturan yang boleh menghalang saya daripada merakamkan sekumpulan pelakon hebat. Kumpulan yang tidak mungkin akan saya terlibat lagi,” tulis Pratt pada ruangan kapsyen.

Dia turut mengakui video tersebut dirakamkan secara haram yang memaparkan aksi pelakon-pelakon lain seperti Robert Downey Jr., Dave Baustista, Chris Hemsworth, Tom Holland dan Chris Evans.

Sementara itu, Pratt membawa watak Peter Quill atau Star Lord dalam filem kegemaran ramai ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv