Menyorok dalam ruang tayar pesawat nak balik kampung

HANYA berbekalkan wang RM6 dan langsung tidak tahu pesawat kargo yang mahu ditumpanginya menuju ke Korea.

Itu yang berlaku apabila lelaki warga Indonesia nekad menceroboh kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, semalam dan menyembunyikan diri dalam ruang tayar pesawat kargo Boeing 767.

Tindakan lelaki berusia 39 tahun itu kerana dia mahu pulang ke Medan, Indonesia, namun tidak mempunyai wang mencukupi selain mendakwa sudah dua bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya.

Dia yang bekerja di kedai memproses ayam sejak sembilan bulan lalu sanggup mempertaruhkan nyawa apabila bersembunyi dalam ruang tayar pesawat kargo terbabit.

Bagaimanapun, dia akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya itu selepas tidak tahan mendengar bunyi pesawat lain yang terlalu bising.

Lelaki terbabit kemudian dikesan juruteknik yang membaiki pesawat selepas dia keluar daripada ruang tayar pesawat itu kira-kira 10 pagi.

Menurut sumber, suspek menceroboh masuk melalui pagar yang berlubang berhampiran tanah perkuburan di Permatang Damar Laut dan berjalan menuju ke pesawat yang di parkir pada 12 tengah malam, kelmarin.

“Suspek dikesan juruteknik yang membaiki pesawat sebelum dia memberitahu pasukan kawalan keselamatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek bekerja di tempat memproses ayam di Pulau Pinang sejak sembilan bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

“Dia kini ditahan bagi membantu sia satan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Lar angan dan Tempat La rangan 1959.

“Kita juga sedang mengesan majikannya yang didakwa lelaki terbabit tidak membayar gaji kepadanya,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:hmetro

Facebook Comments