Ops! Bayi saya tertinggal!

Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas seorang wanita mendakwa tertinggal bayinya di terminal.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Menerusi satu rakaman audio, kedengaran juruterbang meminta kebenaran menara kawalan untuk melakukan pendaratan.

Setelah mendapat kebenaran, pesawat itu berpatah semula sehingga berlakunya kelewatan selama 54 minit sebelum tiba ke destinasi pada Sabtu lalu.

Rakaman audio itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Dakwa individu itu, wanita berkenaan tidak meninggalkan bayinya di terminal lapangan terbang.

Sebaliknya, bayi itu berada bersama kakak wanita tersebut dan mereka terlepas penerbangan gara-gara menaiki bas yang salah. – Mirror.UK.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar

Facebook Comments