Rupanya budak perempuan dalam iklan ini berbangsa Melayu dan popular di China!

Siapa sangka kanak-kanak dalam iklan Fenleaf Calciyum ini adalah seorang yang pandai berbahasa Mandarin walaupun berasal dari keluarga orang Melayu.

Bahasa Mandarin cukup sukar untuk dipelajari tetapi bagi Fatimah pula, bahasa Mandarin ini sangat mudah kerana ibunya pandai berbahasa Mandarin. Di dalam rumah mereka menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pertuturan dan selalu berlatih untuk membiasakan diri dengan sebutan dalam bahasa itu.

Fatimah juga merupakan kanak-kanak Melayu dari Malaysia yang baru berusia 10 tahun yang menjadi sensasi di media masa negara China selepas berjaya menawan hati penonton dalam satu pertandingan nyanyian di sana.

Fatimah Noryyah yang berasal dari Kuala Lumpur ini menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar jangkaan.“Kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia ini mempunyai suara yang sangat hebat.

Selepas dipimpin oleh guru muzik Zhang Bichen dan beberapa guru muzik yang lain, ekspresi dan suaranya amat menakjubkan.

Fatimah diajar menggunakan bahasa Mandarin dalam kehidupan seharian yang diajar oleh ibunya sendiri.

Ketika ditembual media tempatan, Ibunya berkata, “Saya mulakan dengan ayat-ayat yang mudah dalam bahasa Mandarin. Bila Fatimah sudah boleh gunakan bahasa tersebut, dia akan menggunakan dalam gaya bahasa yang mudah.

Semasa saya menjadi guru Mandarin, saya selalu belikan anak saya buku mandarin tahap rendah. Dia mula belajar sebutan dan tulisan. Saya tekankan cara menyebut empat bunyi yang penting dalam bahasa Mandarin.

Fatimah cepat belajar. Dia mula masuk pertandingan menyanyi di sekolah dan ketika itu ada ibu kawanya memperkenalkan Fatimah kepada juri di satu pertandingan menyanyi di Kepong.

Selepas itu juri tersebut menghantar suara Fatimah ke Negara China. Fatimah menjadikan nyanyian sebagai minat dan bahasa Mandarin sebagai kelebihan buat dirinya.