Tergamak Bunuh Mak Ayah Sendiri Kerana Penyebab Diri Hidap Ekzema Sejak Kecil!

Memang tidak dapat dinafikan penghidap penyakit ekzema memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat. Ada yang mendapat penyakit ini berpunca daripada penyakit keturunan yang dihidapi oleh mak ayah. Perbuatan menyalahkan mak ayah sendiri sehingga sanggup membunuh mereka kerana penyakit ini adalah amat tidak wajar.

Hidap Ekzema Sejak Kecil

Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya sejak kecil.

Dalam nota yang ditinggalkannya, CNN melaporkan Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.

“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,”tulis Ching-yu dalam sebuah blog.

 

Anggap Lebih Baik Mati

Ching-yu juga tidak sanggup melihat dirinya dalam cermin seterusnya menganggap lebih baik mati daripada hidup dengan penyakit itu. Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan pelbagai kesan tikaman.

“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.

“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu,” kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post.

Mohon tiada lagi kes begini berlaku, apabila anak-anak menyalahkan mak ayah masing-masing apabila menghidap penyakit keturunan. Perlu ingat, tiada seorang mak ayah pun yang inginkan anaknya sakit, malah sentiasa mengharapkan anaknya sentiasa sihat walafiat, cergas dan membesar dengan baik.

Sumber: Sinar Harian & fox news

 

 

Sumber

Facebook Comments