Akhirnya impian Allahyarham Azmil Mustapha Tertunai

Walaupun jauh di sudut hati merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama si ayah untuk melihat pencapaiannya hari ini, Alya Iman bangga kerana akhirnya dapat tunaikan hajat arwah papanya bergelar pelakon.

Alya Iman atau nama penuhnya Alya Iman Azmil Mustapha, 17, adalah anak bongsu kepada pelakon era 80-an, arwah Azmil Mustapha yang meningg4l dunia 14 Februari lalu. Arwah Azmil dikenali menerusi watak Ali dalam filem Ali Setan.

Arwah Azmil Mustapha banyak memberi kata-kata semangat untuk ikut jejak langkahnya menjadi pelakon

Alya mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas ditawarkan berlakon dalam drama adaptasi novel ‘Senafas Rindu’ karya Damya Hanna yang bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria.

“Arwah papa lah yang banyak bagi kata-kata semangat untuk ikut jejak langkahnya menjadi pelakon. Sebelum meningg4l, arwah sempat berpesan agar saya menceburi bidang lakonan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tapi nampaknya hasrat arwah papa tertunai lebih awal. Belum habis SPM, saya dah berlakon…hahahaha,” seloroh Alya.

Dalam drama arahan Amor Rizan ini, Alya Iman berpeluang berlakon dengan nama-nama popular seperti Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Wan Sharmila, Arash Mohd, Liza Abdullah dan ramai lagi.

“Saya memegang watak sebagai Shafika, bekas teman wanita kepada watak Fariz Ashman yang dbawa Syafiq Kyle.

“Sekarang masih shooting dan dijangka habis dalam seminggu lagi. Drama ini bakal menemui penonton pada Februari tahun hadapan.

Alya Iman teruja dapat berlakon dengan nama-nama besar dalam industri

“Watak saya bukanlah heroin, cuma pelakon pembantu. Tapi apa yang buat saya excited ialah bila dapat peluang bekerja dengan nama-nama besar dalam bidang seni.

“Walaupun ini kali pertama saya berlakon tapi pengarah dan pelakon-pelakon di set banyak memberi tunjuk ajar dan tak kedekut turunkan ilmu pada budak baharu macam saya ni,” katanya kepada MHE TV.

Tambah Alya Iman lagi, sepanjang di set dia rasa sangat selesa dan tidak penat kerana terlalu gembira bila dapat peluang menimba ilmu lakonan daripada pelakon-pelakon senior.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar. Insya-Allah selepas ini, saya akan masuk kelas lakonan bersama Datuk Fauziah Ahmad Daud.

“Saya pilih Ogy kerana percaya dia boleh membentuk saya menjadi pelakon yang baik. Lagi pun kami dah kenal lama, jadi kalau kena marah pun saya tak terasa sangat. Beliau pun saya anggap macam ibu sendiri,”ujarnya yang juga aktif sebagai model muslimah.

Aktif sebagai model muslimah sepenuh masa

Kredit Foto: Instagram @alyimn

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:MHETV