“Aku rasa Cik B ni macam lagi pandai dari mak dia la”- Netizen

Sudah lama rasanya tak dengar cerita ‘boom’ daripada jutawan kosmetik, Dato Seri Vida kan?

Bagi korang yang selalu follow kisah hidup usahawan yang terkenal dengan produk Pamoga ni, korang mesti tahu kan yang DSV ada seorang anak perempuan bernama Cik B dan anak lelaki bernama, Kacak.

Baru-baru ni, nama Cik B jadi vir4l di Twitter atas satu instastory yang dibuatnya berkaitan pertanyaan n3tizen di media sosi4l. “CikB, best tak kalau jadi anak orang kaya? I tak pernah rasa, should I getting jealous?”

Menerusi instastory tersebut, Cik B dilihat menjawab pertanyaan seorang n3tizen yang ingin mengetahui bagaimana rasanya hidup sebagai orang kaya.

Tapi jawapan yang diberikan Cik B tu buat ramai yang tersentuh. Matang sungguh! Beza sangat dengan umur Cik B yang baru belasan tahun tu.

Miskin kaya rezeki masing-masing. Kalau tak di dunia mungkin di akhirat. Kalau kita anak orang kaya tapi keluarga tak bahagia, baik kita miskin tapi keluarga bahagia,” kata Cik B.

“Berapa umur Cik B ni? Maturednya pemikiran dia”

Rata-rata n3tizen agak terkejut jugaklah bila dengar kata-kata tersebut keluar dari mulut Cik B yang baru setahun jagung.

Tak sangka Cik B ni matang pemikirannya walaupun korang tengok gaya dia macam hip hop style dan ber’hoodie’ tu.

Sumber: Twitter

“Aku rasa Cik B ni macam lagi pandai dari mak dia la”

Sumber: Twitter

Bagi min, baguslah kalau Cik B ni ada pemikiran yang macam tu. Kadang-kadang kita sebagai netizen ni tak boleh nak judge orang daripada penampilan mereka saja.

Mungkin korang nampak DSV tu macam happy-happy je tapi siapa tahu dalam hati dia macam mana kan?

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:beritasteady

Facebook Comments