Berhabis RM45,000 untuk wajah seperti Hael Husaini? Adam Zainee beri penjelasan

Perbandingan wajam Adam (kiri) dan Hael Husiani. Sama ke tak?

GARA-GARA membuat pengakuan melakukan pembedahan plastik RM45,000 untuk memiliki wajah seperti penyanyi Hael Husaini pemuda bernama Adam Zainee menerima kecaman.

Rata-rata mereka mengatakan individu tersebut sengaja mahu menggunakan populariti Hael untuk menjadi terkenal.

Ketika dihubungi mStar Online, Adam, 20, memberitahu pengakuannya itu hanyalah sekadar sindiran untuk netizen.

Menurutnya, dia tidak melakukan sebarang pembedahan untuk kelihatan seperti Hael namun hanya mengenakan solekan dan penampilan seperti penyanyi itu.

“Status itu tidak benar. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik pun hanya semata-mata nak nampak wajah seperti Hael.


Adam berkongsi gambar wajahnya ketika zaman remaja (foto kiri) dan imej terkini.

“Apa yang saya tulis itu hanya sekadar sindiran untuk netizen yang tak habis-habis kata saya sengaja nak tiru dan mahu menggunakan populariti Hael.

“Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama,” katanya.

Tambah Adam lagi, dia tidak ada niat untuk meniru gaya Hael namun menjadikan penyanyi lagu Jampi itu sebagai idola dalam bidang seni.

Malah, jejaka yang berasal dari Pontian Johor ini memberitahu dia berminat untuk ceburi bidang lakonan.

“Saya bukan mahu tiru penampilan Hael tapi jadikan dia sebagai idola dalam industri seni. Apa yang saya gayakan hanya mengikut trend fesyen terkini.


Biarpun menerima kecaman namun tetap ada yang ingin bergambar dengan Adam.

“Dia juga merupakan sumber inspirasi untuk saya ceburi bidang seni. Saya kagum dengan perjalanan karier seni dia.

“Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pelakon. Ada juga cuba beberapa uji bakat tapi belum ada rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam mengambil kecaman netizen itu sebagai persediaannya untuk melangkah masuk dalam industri.

“Saya tak kisah pun dengan kecaman netizen. Yang positif saya ambil dan yang negatif saya hiraukan sahaja.

“Kiranya kecaman itu sebagai persediaan dan pertahanan untuk saya memasuki dunia seni,” katanya.

Sumber :mstar

Facebook Comments