Bukan Laporan Polislah!

Pelakon dan penggiat teater, Fauziah Nawi menafikan dirinya ada membuat laporan polis berhubung dakwaan ucapannya yang berbaur sindiran kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein pada malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang jumaat lalu.

Fauziah yang memuat naik status facebook yang berbunyi ‘Saya dah buat laporan atas tuduhan saya menyindir Elly Mazlein’ bagaimanapun menafikan bahawa laporan yang dibuat itu adalah laporan polis.

Menurutnya, dia sekadar membuat laporan kepada laman Facebook dan Instagram berikutan kecaman yang diterima daripada warganet.

“Bila saya tulis laporan, ramai yang beranggapan saya membuat laporan polis. Kenapa pula saya perlu buat laporan kepada polis? Saya tidak menerima sebarang anc4man.

“Saya kata tentang perkara lain dan orang pula tafsirkan lain, ia sama seperti yang berlaku bila saya beri ucapan pada malam ASK2018 yang lepas,”katanya ketika dihubungi MHE TV.

Menurutnya lagi, dia tidak ada sebarang masalah bersama Elly Mazlein dan tidak tahu mengapa orang ramai menuduh dirinya menyindir pelakon itu.

“Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Elly Mazlein, siapa bekas suaminya dan kenapa dengan kehidupannya. Saya tiada masalah dengan dia malah saya puji dia bagus malam itu kerana dapat mengacara dengan baik.

“Jangan ingat saya kurang berkemampuan orang di luar sana cuba memandang rendah pada saya,”jelasnya.

Ditanya sama ada Elly Mazlein ada menghubungi dirinya selepas perkara itu, jelas Fauziah dia tidak dapat apa-apa panggilan dari Elly dan dirinya sendiri tidak menghubungi Elly.

 

 

 

Sumber:MHETV

Facebook Comments