Fizikal kurus dan membongkok, Zamani Slam dedah penyakit sebenar

PENYANYI Zamani Slam akui dia kini masih aktif menyanyi meskipun mempunyai sedikit masalah kesihatan.

Bagaimana pun, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 47 berkata ,”Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat.

“Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV.

“Lagi pun saya ada masalah kesihatan,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai kesihatannya pelantun lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu dia kini mempunyai masalah tulang belakang.

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang.

“Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok.

“Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” dedahnya.

Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala dadah, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu.

“Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini.

“Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda (dadah) yang tidak elok itu.

“Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” luahnya lagi.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fizikal-kurus-dan-membongkok-zamani-slam-dedah-penyakit-sebenar-184673

 

Facebook Comments