Rezeki Hanez Suraya makin murah lepas hamil anak kedua

Pelakon Hanez Suraya, 33, mengumumkan bakal melahirkan bayi perempuan pada minggu pertama Julai ini. Hanez yang sedang hamil tujuh bulan mengakui sudah mengetahui jantina anak semenjak menjalani proses imbasan bayi ketika kandungan berusia 19 minggu.

“Kali pertama saya scan ketika kandungan berusia 19 minggu memang doktor sahkan anak perempuan. Selepas beberapa kali membuat pemeriksaan pun memang tidak diragui lagi jantina perempuan.

“Saya dan suami tidak kisah pasal jantina anak janji dia sihat dan dilahirkan dengan selamat. Iyalah, kalau ikutkan hati memang nak anak lelaki pula tetapi kami menerima rezeki yang diberikan Allah ini dengan penuh rasa syukur,” luah Hanez yang merasai perbezaan mengandungkan anak pertama Putri Aleesya, 4, dan bayi yang bakal lahir.

“Dulu semasa mengandungkan Aleesya, saya berhadapan dengan banyak alahan sampai tak boleh keluar rumah.  Berbeza dengan sekarang, saya lebih aktif dan bersemangat untuk melakukan pelbagai aktiviti meskipun turun padang seperti memenuhi promosi Deeja Cosmetic.

“Apa-apa pun suami sudah pesan, selepas ini tidak boleh terlalu aktif dan banyakkan masa berehat di rumah. Dalam  bulan Ramadan ini, saya boleh berpuasa seperti biasa.

“Namun, doktor ada berpesan agar tidak berpuasa jika saya mengalami gastik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak. Tengoklah macam mana keadaan nanti,” jelas Hanez yang dijangka melahirkan anak keduanya pada 6 Julai 2019 atau pada penghujung raya.


Hanez dan suami ketika di majlis pelancaran produk pewarna bibir Cake Pop di Hotel Grand Millenium, semalam.

Hanez juga mengakui rezekinya semakin murah semenjak mengandungkan anak kedua. Buktinya, isteri kepada ahli perniagaan Romie Razin Adilha Abdul Jais, 39, ini melancarkan produk pertamanya pewarna bibir iaitu Cake pop di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur, semalam.

Produk ini diinspirasikan apabila Hanez sendiri obses terhadap drama Korea yang sering ditontonnya semenjak hamil anak kedua.

“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri Korea. Tetapi, tidak terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.

“Sehinggakan, saya pernah merayu-merayu mengajak suami  untuk bercuti di sana! Sejak saya obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan hal itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir Cake Pop ini.

“Asalnya saya lihat bagaimana pelakon Korea mempunyai bibir yang cantik dan segar tanpa mengenakan lisptik. Jadi saya keluarkan produk pewarna bibir yang boleh menyegarkan bibir sesuai untuk perempuan dan lelaki,” katanya.

Pewarna bibir Cake Pop yang mempunyai tiga perisa ini telah dijual secara online di Instagram. 

Foto: Shiddieqiin Zon

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv