“Hello Uncles & Aunties! My name is Aalisa Belle Izette..”

SELEPAS tamat menjalani tempoh berpantang selama 44 hari serta mengadakan majlis Aqiqah, pelakon Datin Seri Zizie Ezette, buat pertama kalinya berkongsi wajah anak perempuannya di laman Instgramnya hari ini.

Menerusi hantaran yang sama, Zizie atau nama lengkapnya Zizie Ezette Abdul Samad, 41, turut mengumumkan nama cahaya mata ketiganya iaitu Aalisa Belle Izzete.

 

Foto: Instagram Datin Seri Zizie Ezette

“Hello Uncles & Aunties! My name is Aalisa Belle Izette. I am 44 days old today. This was my first ever photoshoot my mommy had for me when I was 19 days old. Hope u enjoy viewing my few initial photos,” tulis Zizie pada kapsyen gambar comel Aalisa.

Cahaya mata ketiga Zizie, hasil perkongsian hidup dengan suami, Datuk Sri Bung Moktar ini dilahirkan pada 1 Mac lalu.

 

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut pada 2009 dan mempunyai anak kembar, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 2.

Selain itu, pasangan ini juga mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Ezette, 1.

 

 

 

Sumber:SinarHarian

Facebook Comments