Ini punca sebenar Sudirman menin ggal!

Tarikh 22 Februari yang lalu genaplah 27 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad menin ggalkan kita semua.

Walapun jasadnya kini sudah tiada di sisi, namun lagu serta pencapaian beliau akan terus dikenang. Manakan tidak, penyanyi legenda ini pernah mencipta sejarah industri hiburan negara dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya.

Namun punca sebenar kema tian penyanyi popular ini akhirnya didedahkan – m ati kerana sihir!

Perkara ini didedahkan di dalam buku ‘Sudirman Yang Kukenali’ tulisan Saodah Ismail yang dilancarkan pada 20 Februari lalu.


Buku ‘Sudirman Yang Kukenali’ tulisan Saodah Ismail

Menerusi buku itu, Saodah yang merupakan bekas wartawan hiburan Berita Harian dan juga rakan karib kepada Allahyarham Sudirman memberitahu, pada tahun 2017, seorang peminat dari Hulu Kinta, Perak bernama Sabariah mempunyai surat yang dikirimkan Sudirman sebelum beliau jatuh sakit.

“Ketika Sudirman sakit, banyak cerita mistik dan misteri tentang keadaannya. Peminat yang bernama Sabariah mendedahkan Sudirman ada tulis surat ‘minta maaf’ kerana baru saja baik disebabkan ‘dianiaya orang’ apabila tubuhnya keluar hirisan tengkorak orang mati dan hampir hilang ingatan.


Berita kem atian Allahyarham Sudirman pada Mingguan Malaysia. Kredit gambar: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Walaupun laporan perubatan menyebut punca kem atian arwah ialah pneumonia atau jantungnya gagal berfungsi, saya percaya dia terkena sihir,” ujar Saodah.

Allahyarham Sudirman merupakan penghibur kesayangan ramai yang membina kemasyhuran luar biasa sekitar pertengahan tahun 1970-an sehingga awal 1990-an. Allahyarham Sudirman meni nggal dunia akibat penyakit radang paru-paru pada 22 Februari 1992.

 

 

Sumber:MHEtv

Facebook Comments