“Kawan adik kat sekolah semua ada daddy”- Airit Qaqa Arjuna

Memang sebak membaca apa yang ditulis oleh Rita Rudaini untuk anaknya Airit Qaqa Arjuna yang menyambut ulang tahunnya hari ini.

Pada satu entri yang dimuat naik Rita ke Instagramnya, Rita menulis tentang anak keduanya itu.

“Sayang ku Arjuna… Tidak pernah lelah membesarkan kamu… Di usia begini,kamu di pilih DIA utk diberi ujian kerana DIA tau kamu kuat.

“Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu 6 tahun..’kenapa adik tak de daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy’. Berhati-hati mommy jawap supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila.
 “Sebab adik lebih special dari kawan-kawan adik. ALLAH sayang adik. ALLAH bagi adik kuat dari kecik lagi…special kan?”

“dia sengeh seronok. Cukup buat hati mommy menangis di dalam. Selamat ulang tahun sang Arjuna ku yang luarbiasa,” tulis Rita panjang dan sayu.

Menurut Rita lagi, tiada apa yang diharapkan selain mendoa agar anaknya itu di bawah jagaan Allah SWT.

“Terima kasih kerana hadir temani hidup mommy. Terima kasih ALLAH kerana pinjam kan adik kepadaku,” tulis Rita lagi.

Kredit Gambar: Instagram

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

 

 

 

Sumber: gempak