Kurang Minum Air Punca Pelakon Mia Sara Masuk Hospital, Kena Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing!

Risaunya bila kesihatan mula terganggu sehingga mengakibatkan sampai masuk hospital.Terbaru, pelakon Mia Sara Nasuha, 13, yang dikenali bakat lakonanannya sejak dari kecil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Buah Pinggang Bengkak

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.

“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.

“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.

 

Kurang Minum Air

Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.

Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi ramai dan tanda tanya gambar-gambar yang dimuat naik di dalam instagram pelakon ini.

Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Semoga pelakon cilik berbakat besar ini cepat sembuh dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.

Sumber: bharian & Instagram Mia Sara Nasuha

 

 

Sumber

Facebook Comments