“Maafkan Kami Suami Isteri Sebab Buat Semua Tertanya-Tanya’- Ozlyn Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan buat pasangan Johan dan Ozlyn yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan awal Syawal lalu.

Berita tersebut dikongsi menerusi Instagram milik Jozlynn.

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya… dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

“Raya ke 3, dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal. Sekarang papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.

“Al-maklumlah, kami tiada helper, jadi semuanya sendiri, bukan tidak mahu menerima kunjungan, tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

“Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan baby yang masih ‘fragile’, jadi harap semua faham tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami.

“Okay, jangan panik tengok video itu, pastinya keselamatan diutamakan, maklumlah sakit pun tak habis lagi. InsyaALLAH bila Ozlyn ready, hangpa boleh mai rumah na…

“Ingat jangan berniat untuk kenyam anak aku, aku tau ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku.

“Selamat datang baby,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #familyhanania,” tulisnya

Maafkan kami suami isteri sb buat semua tertanya2.. dh bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama mcm mama dia.. raya ke 3 dia xmo gak keluor so kita terpaksa memaksa baby keluar tp ttp secara normal.. so now papa nak mama berehat puas2 mandangkan nnt mlm dh mula berjaga utk baby.. al maklom la kami tiada helper.. jd semuanya sendiri.. bkn tidak mahu menerima kunjungan.. tp papa bg mama berehat dulu seminggu dua.. maklomlah nak membiasakan diri kembali dgn baby yg masih fragile.. so harap semua faham.. tp kami akan belanja wajah puteri kedua kami.. ok jgn panik tgk video tuh.. pastinya keselamatan di utamakan.. maklomlah sakit pon x abes lagik..🤣.. InsyaAllah bila ozlynn ready hangpa boleh mai umahhhh naaa… ingat!! Jgn berniat utk kenyam anak aku.. aku tau ada yg dh kancing2 gigi tgk gambar anak aku🤪 selamat dtg baby #familyhanania .. #mambono5 #3.9kg P/S: baby @gaiainnerbeautypowderofficial lagik sorg

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Rupa-rupanya Johan yang tulis entri tersebut memandangkan Ozlyn masih ‘direhatkan’, apa-apapun, comel betul wajah puteri kedua Johan dan Ozlyn itu.

MH tak sabar nak tahu nama penuh puteri mereka ni!

Foto: Instagram Jozlynn Hanania

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.mediahiburan.my

Facebook Comments