“Memang Sayang Sangat-Sangat!” – 8 Tahun Simpan, Dazrin Terpaksa Korbankan Rambut Panjang Sebab …

Pelakon Dazrin Kamarudin tampil dengan imej baharu yang lebih segar dengan berambut pendek.

Kata Dazrin, 31, imej berambut pendek itu sebahagian daripada pengorbanannya untuk melakonkan watak anggota beruniform.

“Saya nak pelbagaikan penampilan dari segi watak.

“Mula-mulanya saya potong rambut pendek sebab kena bawa watak sebagai anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Salah satu lagi sebab saya nak membuktikan saya boleh mengubah imej mengikut watak yang ditawarkan.

“Sedikit sebanyak ia mencabar saya sebagai seorang pelakon untuk mencuba imej berbeza-beza,” katanya kepada Gempak.

Tambah Dazrin lagi, imej itu juga sebahagian daripada langkah comeback selepas sibuk menguruskan perniagaan dan keluarga.

“Saya memang sudah selesa dengan imej lama dan sama tetapi tak salah untuk saya comeback dengan imej berbeza tahun ini.

“Jika itu membuka ruang baharu buat saya dan terus kekal dalam industri, apa salahnya,” ujarnya.

Dazrin membuat kemunculan semula menerusi filem sekuel XX Ray 3 dan tampil dengan single sulungnya, No Champion.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:gempak