”My journey has begun, I’m removing all my tattoos. Good bye tattoos!” – Keith Foo

PELAKON Keith Foo mengambil keputusan untuk membuang semua lukisan tatu yang ada pada tubuhnya.

Menerusi perkongsian Instagram, Keith Foo melakukan rawatan membuang tatu secara laser di sebuah pusat rawatan estetik di Petaling Jaya, Selangor.

My journey has begun, I’m removing all my tattoos. Good bye tattoos! (Perjalanan saya telah bermula, saya akan buang semua tatu! Good bye tattoos),” tulisnya pada Isnin.

Dalam hantaran (posting) di Instastory itu, dia memuat naik foto dan video ketika menjalani proses pembuangan tatu tersebut dengan menggunakan rawatan pico laser.

Keith Foo berkongsi rawatan membuang tatu menerusi Instastory.

Pico laser merupakan teknik rawatan terbaharu menghapuskan tatu dengan lebih selamat dan tidak menyakitkan.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose itu sebelum ini mempunyai lukisan tatu antaranya di beberapa bahagian badan, bahu dan di tangan.

Dia juga tidak pernah menyembunyikan tatu tersebut dan kerap memuat naik foto memperlihatkan tubuh di laman sosial.

Bukan sahaja Keith Foo, isterinya iaitu Kim Raymond turut mempunyai beberapa lukisan tatu.

Terdahulu, Keith dan Kim berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Skylar Raymond Foo yang kini sudah berusia dua tahun.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar